Rakan Perjalanan Anda, Kemana Saja
Pas perjalanan bernilai RM50 untuk penggunaan perkhidmatan BAS.MY tanpa had selama 30 hari.
Terbuka kepada semua warganegara tanpa syarat tambahan.
Tiada had umur untuk memohon kad ini.
Digalakkan kepada mereka yang menggunakan BAS.MY setiap hari.
Bawa dokumen berikut ke kaunter/kiosk BAS.MY terdekat:
Pas perjalanan tambang percuma BAS.MY untuk pelajar, warga emas, OKU & mahasiswa.
Kanak-kanak dan pelajar sekolah rendah/menengah.
Orang Kelainan Upaya berdaftar dengan JKM.
Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti & Matrikulasi.
Berumur 60 tahun ke atas.
Bawa dokumen berikut ke kaunter/kiosk BAS.MY terdekat:
Pilih cara pembayaran paling sesuai - sama ada tunai, kad debit/kredit, atau kod QR. Perjalanan anda kini lebih lancar dan mesra pengguna.
Selain Kad 30 Hari dan Kad Konsesi, pengguna juga boleh memilih untuk membayar tambang secara sehala bagi setiap perjalanan. Perkhidmatan BAS.MY menggunapakai kadar tambang bas berhenti-henti berhawa dingin bagi kawasan selain Lembah Klang di bawah Pekeliling Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Bil. Tahun 2009 (Had kadar Tambang Baru Perkhidmatan Pengangkutan Awam Semenanjung Malaysia).
+ Kanak-Kanak (< 7 tahun)
+ Pelajar Beruniform Sekolah
+ Warga Emas (>60 tahun)
+ Orang Kurang Upaya (OKU)
Perhatian ! Jadual Tambang bagi setiap laluan BAS.MY boleh dirujuk dalam setiap bas. Pastikan anda meminta resit pembayaran setiap kali bayaran dibuat.