Info
Laluan
Pas
BAS.MY

PORTAL RASMI BAS.MY

Rakan Perjalanan Anda, Kemana Saja


BAS.MY | Portal Gerbang Informasi Perjalanan Bas

Portal ini menyediakan maklumat perjalanan dan jadual BAS.MY di Semenanjung Malaysia. Platform ini menghubungkan anda dengan pelbagai pengendali BAS.MY bagi memudahkan perancangan perjalanan anda.

Gambar Bas.my

Pengenalan


Merupakan jenama perkhidmatan bas berhenti-henti di bawah inisiatif Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (Stage Bus Service Transformation, SBST) oleh Kerajaan Persekutuan sebagai usaha untuk menambahbaik perkhidmatan bas berhenti-henti agar lebih efisien dan boleh diharap, khususnya di luar Lembah Klang.

9
Rangkaian perkhidmatan di Semenanjung Malaysia
136
Laluan bas meliputi 4,573.4 km dengan jumlah jarak 52.92 km juta setahun
567
Buah bas meliputi pelbagai jenis saiz iaitu van, midi, mini low floor, EV, mini & bas panjang
60-120
Minit kekerapan di laluan-laluan utama

Liputan Kawasan

Di Semenanjung Malaysia, perkhidmatan BAS.MY kini beroperasi di sembilan (9) ibu negeri utama meliputi 141 laluan iaitu :


Peta Semenanjung Malaysia
Imej Pemantauan
Pematuhan Perkhidmatan

Ketepatan Masa

Pemantauan dilakukan terhadap jadual perjalanan bagi memastikan bas tiba dan berlepas tepat mengikut waktu yang ditetapkan. Ini memastikan keselesaan dan kepercayaan pengguna terhadap perkhidmatan.

Kepatuhan Laluan

Setiap perkhidmatan dipantau untuk memastikan pemandu mematuhi laluan rasmi yang telah diluluskan tanpa sebarang perubahan yang tidak sah.

Ciri-Ciri Unik & Khas Perkhidmatan

Bas berlantai rendah & mesra mobiliti penumpang

Pembayaran tambang secara tunai & tanpa tunai

Paparan LED nombor & destinasi laluan di setiap bas

Dilengkapi ciri keselamatan seperti CCTV dalam bas

Bas mesra alam dengan enjin Euro5 atau elektrik

Kad 30 Hari & Kad Konsesi Warganegara

BAS.MY adalah inisiatif SBST oleh
Kementerian Pengangkutan yang dikawal selia oleh
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
untuk kemudahan perjalanan rakyat.

Jata Negara

Jata Negara

RANGKAIAN BAS.MY

BAS.MY Kangar
BAS.MY Kota Setar
BAS.MY Kota Bharu
BAS.MY Kuala Terengganu
BAS.MY Ipoh
BAS.MY Kuantan
BAS.MY Seremban
BAS.MY Melaka
BAS.MY Johor Bahru

+ Tarikh Kemaskini : 25 Februari 2026

+ Jumlah Pelawat : 343,201

TALIAN KHAS BAS.MY